KUCHING: Dua kenderaan terbakar di ruang parkir sebuah sebuah rumah di Batu 5, Jalan Penrissen terbakar awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kebakaran itu menyebabkan kereta jenis Vios musnah 100 peratus manakala pacuan empat roda Toyota Hilux musnah 95 peratus.

“Ia juga menyebabkan ruang pakir rumah terjejas dan punca kejadian masih dalam siasatan.

“Kita telah berjaya menjalankan operasi pemadaman kebakaran sepenuhnya,” kata kenyataan itu sebentar tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Balai Bomba Batu Lintang dengan kekuatan 11 anggota dikerahkan dan dibantu oleh Balai Bomba Tabuan Jaya dengan lapan kekuatan anggota.