ISTANBUL: Pangsapuri lapan tingkat di Istanbul, Turki runtuh pada Rabu lepas.

Gabenor Istanbul Ali Yerlikaya mengesahkan setakat ini dua maut dan enam lainnya cedera.

Bagaimanapun, punca runtuhnya pangsapuri di daerah Kartal itu belum diketahui.

Yerlikaya dalam kenyataannya berkata terdapat 43 penghuni di apartemen tersebut.

Tiga tingkat atas bangunan tersebut didakwa dibangunkan secara tidak sah.

Sementara, menurut Yerlika terdapat kilang tekstil haram beroperasi di tingkat bawah bangunan terbabit.

Ketua Autoriti Darurat dan Bencana Turki (AFAD) menyatakan saha mencari dan menyelamat masih berlangsung.

Presiden Tayyip Erdogan turut menghantar Menteri Dalam Negeri dan Alam Sekitar ke lokasi kejadian.

Setakat ini tiga orang berjaya diselamatkan dalam insiden terbabit. –Sarawakvoice

Foto: Youtube CGTN