KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing naik 4 sen kepada RM2.27 seliter dan RM1.97 seliter.

Manakala diesel kekal berharga RM2.18 seliter mulai tengah malam ini untuk tempoh 9-15 Februari ini.

Harga produk petroleum diproses di pasaran dunia meningkat berbanding minggu sebelumnya AS$60 setong kepada AS$62 setong bagi petrol RON95 dan daripada AS$72 setong kepada AS$73 setong bagi diesel.

Peningkatan harga pasaran global menyebabkan kenaikan harga runcit bagi produk petrol dan diesel.
Bagaimanapun, menurut Guan Eng harga runcit petrol RON95 masih lagi di bawah paras penstabilan harga yang dijanjikan kerajaan RM2.20 seliter.