NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) diserang Polar vortex –suhu sejuk ekstrem yang mengancam jiwa warganya khususnya mereka yang rentan penyakit seperti golongan berusia dan kanak-kanak.

Di timur dan barat laut AS, 12 jiwa maut dalam suhu meningkat sehingga 80 darjah Fahrenheit.
Terdapat mayat ditemui beku di belakang rumah.

Sementara di Illinois, hospital melaporkan berlaku lebih 220 kes radang dingin dan hipotermia.

Minggu lepas di barat New York, ribut membawa angin menyengat, suhu subsifar dan salji mencatatkan ketebalan sehingga 51 sentimeter di beberapa tempat.

Sekitar 200 anggota bomba “bertempur” menangani kebakaran bangunan komersil.

Beratus-ratus penghuni pusat tahanan Metropolitan di Brooklyn pula terpaksa menghabiskan hari di penjara gelap dan sejuk.

Awal minggu ini, cuaca panas sedikit tetapi perubahan sejuk kepada suam-suam mendadak meretakkan saluran paip, mendedahkan jalan berlubang sehingga merosakkan roda kenderaan.

Di Chicago, pemuda yang tinggal di khemah darurat dipindahkan ke hotel atas ihsan warga misteri selepas alat untuk memanaskan badan meledak.

Restoran setempat pula menyajikan makanan panas untuk warga yang terkesan fenomena sejuk itu.

Di Cleveland, Ohio, penduduk “mengait” pakaian hangat untuk gelandangan di kota itu.