Tuesday, June 28, 2022

Kaum bumiputera turut persembahkan tarian singa

Secara Rawak

KUCHING: Tarian Singa adalah tarian tradisi dalam kebudayaan Cina dan kebudayaan kaum Asia lain yang mana ia adalah tarian meniru pergerakan singa dengan memakai kostum sebagai pembawa tuah.

Tarian Singa dipersembahkan sempena perayaan Tahun Baru Cina dan Festival kaum Cina lain selain dipersembahkan sempena peristiwa pembukaan bisnes baharu, sambutan istimewa, perkahwinan atau menyambut tetamu khas mengikut tradisi masyarakat Cina.

Bagaimanapun, para penari bagi tarian singa ini bukan hanya daripada kaum Cina sahaja malahan kaum bumiputera juga banyak yang handal dan terlibat dalam persembahan tarian ini.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin berkata sambutan Tahun Baru Cina diraikan oleh pelbagai kaum.

Ia katanya tidak hanya melibatkan komuniti Cina sekali gus menjadikan ia sebagai salah satu keunikan di Sarawak.

Gambar fail

“Sebab itulah perayaan tahun baru cina adalah disambut oleh pelbagai kaum dan juga pasukan tarian singa kita adanya ahli ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum jadi inilah satu keunikan di Sarawak.

“Kita boleh melihat perpaduan persefahaman dan keharmonian di antara pelbagai kaum adalah sangat rapat sekali dan kadang kadang kita tak rasa asingkam diri daripada kaum kaum yang lain,” katanya.

Menurut Chris Johannes remaja yang berusia 16 tahun dan berketurunan Bidayuh ini dia sangat meminati tarian singa dan telah dua tahun terlibat dalam tarian ini.

“Saya sememangnya berminat dengan tarian sejak kecil, dan saya telah menyertai tarian singa ini sejak umur 15 tahun, kira-kira dua tahun lepas,” katanya ketika ditemui.

Selain itu,Ketua Tarian bagi kumpulan Yi Shen Tang, Steven Goh, yang telah dua tahun terlibat dalam menguruskan tarian Fo Shen ini memberitahu, setakat ini bilangan bagi penari kaum bumiputera adalah seramai lebih 10 orang berbanding kaum Cina yang hanya lima orang.

Jelasnya, terdapat pelbagai jenis tarian singa ini namun yang paling utama ada dua iaitu Fo Shen dan He Shan yang mana perhiasan pada kostum singa juga berbeza mengikut gaya tarian.

Dengan penglibatan golongan Bumiputera dalam persembahan tarian singa itu, ia ternyata menunjukkan keunikan masyarakat di Sarawak itu sendiri.

Malah, ia turut melambangkan perpaduan dalam kepelbagaian. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru