Thursday, June 30, 2022

Bunuh pekerja ladang di Marudi: 5 warga asing direman

Secara Rawak

MARUDI: Lima individu warganegara asing direman lima hari bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pekerja sebuah ladang di Marudi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Marudi, Asisten Superintendan Jaimi Husin berkata mayat mangsa warga Indonesia dijumpai di dalam parit berhampiran rumah pekerja ladang kira-kira 6.30 pagi Jumaat lalu.

Penemuan mayat lelaki berusia 45 tahun itu kemudian dimaklumkan kepada pihak polis.

Mayat itu dipercayai telah dibunuh berdasarkan kesan kecederaan pada badan mangsa.

“Mayat si mati dijumpai oleh saksi di dalam parit berhampiran rumah pekerja di ladang tersebut.

“Hasil daripada siasatan pihak polis dan gerakan yang dilancarkan pihak polis daripada IPD Marudi telah berjaya menahan lima orang suspek yang dipercayai terlibat di dalam kes tersebut,” katanya.

Beliau mendedahkan perkara itu pada sidang media di IPD Marudi hari ini.

Katanya kejadian itu dipercayai berpunca daripada salah faham antara si mati dan suspek terlibat.

Malam sebelum kejadian suspek terlibat dikatakan telah mengadakan sesi minum dan dipercayai ditegur oleh mangsa sehingga berlakunya pergaduhan dan pergelutan yang menyebabkan kematian warga asing berkenaan.

Akibat pergaduhan itu, mangsa telah mengalami kecederaan di leher kiri, perut dan lengan kiri dipercayai ditetak menggunakan senjata tajam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru