KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata kira-kira 80 bilion ringgit nilai pelaburan awam dan swasta di negeri ini telah direkodkan menerusi Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Menurutnya, menerusi Pelan Pembangunan SCORE, Sarawak dijangka menjana kira-kira RM334 bilion dalam bentuk pelaburan.

Beliau berkata demikian dalam perutusannya sempena Tahun Baharu Cina 2019 semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, pelaburan yang meningkat juga disebabkan kejayaan Taman Teknologi Tinggi Samajaya yang amat menggalakkan.

Menurutnya, pelabur terutama dari China dan Korea Selatan, akan terus memberi sokongan kepada program perindustrian Sarawak khususnya di Taman Perindustrian Samalaju dan Taman Teknologi Tinggi Samajaya.