Kerajaan Negeri memperuntukan RM40 juta bagi tujuan perimeter survei agar Tanah Hak Adat Bumiputera tidak dapat dicerobohi oleh orang dari seberang.

Timbalan Ketua Menteri, YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada JTS Bahagian Sri Aman kerana berjaya melaksanakan pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera sehingga ke peringkat kedua , Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.

Kawasan Skrang banyak mengalami perubahan khasnya dari segi Infrastruktur dan kemudahan asas yang disalurkan oleh kerajaan.

Rakyat harus memberi kerjasama dan membantu JTS dalam menjayakan Perimeter Survei kerana Kerajaan Negeri Sarawak komited meneruskan pengukuran dengan Bajet sendiri.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Surat Hakmilik Tanah Seksyen 18 KTN Bagi Kawasan Tanjung Rembai, Skrang, Engkilili, Sri Aman kepada 12 Rumah panjang yang melibatkan 573 Jumlah Lot dengan jumlah penerima 257 orang dari kawasan tanjung Rembai, Skrang bertempat di Dewan Johnicol Rayong, Skim Skrang, Engkilili.