BETONG: Pasar Spaoh terbakar kira-kira jam 12. 30 tengah hari tadi.

Sederet pasar tujuh pintu musnah dijilat api dalam kejadian berkenaan.

Setakat berita ini ditulis punca kejadian masih belum dikenal pasti.

Kebakaran berkenaan sekali gus menyentap dan mengganggu persiapan untuk Makan Besar petang ini dan Sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut masyarakat Cina bermula tengah malam ini.

Maklumat lanjut tentang kejadian setakat ini masih belum diperoleh dan akan dikemaskini sebaik memperoleh info terbaharu kelak.