KUCHING: Ekonomi Sarawak akan tumbuh pada kadar yang menggalakkan dalam beberapa tahun akan datang disebabkan dasar negeri yang menghala ke arah itu.

Menurut Ketua Menteri: “Ekonomi negeri dijangka tumbuh pada kadar 5.0 peratus pada 2019 berbanding 4.6 peratus pada 2018 meskipun terdapat cabaran dalam ekonomi negara dan global.

Dalam perutusan sempena Tahun Baharu Cina,  Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pelaburan dari luar akan terus masuk, terutama dari China dan Korea Selatan khususnya di Taman Perindustrian Samalaju dan Taman Teknologi Tinggi Samajaya.

Jelasnya, ini kerana pelabur dari kedua-dua negeri terbabit, Sarawak mempunyai politik yang stabil, dasar yang konsisten dan tenaga diperbaharui mempunyai potensi sangat besar.

Ujarnya, jumlah pelaburan di Samajaya telah melebihi RM12 bilion dan empat syarikat asing menunjukkan kesediaan untuk melabur di sana.

Katanya, ekonomi yang  berkembang bermaksud, akan ada lebih banyak kerja untuk kontraktor dan perunding kita, lebih banyak perniagaan untuk para peniaga hingga ke peruncit kecil-kecilan di bandar di seluruh negeri.