KUALA LUMPUR: Sejak pertama kali dilancarkan video klip lagu ini, lagu Dimatamu nyanyian Sufian Suhaimi menjadi trending dalam masa 24 jam dimana tontonan mencecah 1.5 juta .

Sehingga ke hari ini, video klip ini mencecah 52 juta tontonan sekaligus menjadi video klip lagu ini mendapat tempat pertama untuk video paling kerap ditonton sepanjang tahun 2018.

Kini, lagu ini sekali lagi menjadi trending dimana lagu ini membawa kepada kemenangan Sufian Suhaimi di dalam Anugerah Juara Lagu ke 33 menerusi persembahan terbaik.

Mendapat 1.3 juta tontonan , 69,000 ‘like’ menjadi lagu ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen sekali lagi menjadi trending di YouTube .

Persembahan Sufian pada malam tadi telah mencuri perhatian penonton dan menyebabkan lagu dendangan beliau menjadi bualan ramai.

Kredit: TV3MALAYSIA Official

Prop yang digunakan Sufian iaitu pelamin dikatakan mirip dengan pelamin pernikahan bekas tunangnya iaitu Elfira Loy.

Elfira yang kini menjalani ibadah umrah sempat memberikan tweet di Twitternya dimana Elfira mendoakan kejayaan Sufian pada AJL kali ini.

Sufian yang memenangi Anugerah Persembahan terbaik pada malam tadi , manakala Anugerah Juara Lagu dimenangi oleh Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah, tempat kedua dimenangi oleh Ara Johari menerusi lagu Bunga dan tempat ketiga dan vokal terbaik dimenangi oleh Misha Omar menerusi lagu Sampai Bila. –Sarawakvoice