BAU: ADUN Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep telah melancarkan aktiviti Walkabout Muhibbah Tahun Baru Cina Tasik Biru dengan berjalan sendiri bersama kakitangannya ke pekan Bau bagi mengagihkan buah limau kepada masyarakat di Bau.

Beliau memulakan aktiviti tersebut dari Pekan Tondong Singai sehingga ke Pekan Bau di mana beliau telah mengunjungi dan beramah mesra dengan rakyat.

Aktiviti tersebut telah dimulakan seawal jam 9 pagi sehingga selesai pada jam 11 pagi.

Perayaan Tahun Baru Cina sesungguhnya merupakan satu perayaan yang melambangkan keharmonian sesama masyarakat tanpa mengenali beza usia dan darjat.