KUCHING: Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.8 Satok melancarkan #Team Pemuda GPS N.8 Satok di sini, hari ini.

Dengan misi Perpaduan Kekuatan Mempertahankan Satok, Pemuda PBB N.8 Satok bakal menjadi barisan hadapan bersama Pemuda bahagian lain berjuang habis-habisan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Majlis itu dihadiri Timbalan Ketua Cawangan N.8 Satok merangkap Penolong Setiausaha Majlis Tertinggi PBB, Ibrahim Baki dan Ketua Pemuda PBB N.8 Satok, Dzamaludin Zainuddin.

Dalam ucapan ringkasnya, Ibrahim memuji usaha Pergerakan Pemuda PBB N.8 Satok atas usaha dan semangat juang mereka memajukan parti seiring dengan perubahan gelombang politik era baharu.

“Kita Pemuda Satok akan menjadi penggerak barisan hadapan parti untuk memastikan misi dan visi kita terlaksana demi kemenangan PRN nanti,” katanya.

Dzanaluddin pula berkata, Pemuda PBB N.8 Satok sudah melaksanakan 26 aktiviti sepanjang 2018.

Malah katanya, aktiviti itu akan ditambah lagi pada tahun ini.

Majlis itu dihadiri lebih 70 ahli Pemuda PBB N.8 Satok.