Sarawak berusaha untuk menjadi negeri pengeluar makanan utama negara suatu hari nanti menerusi pengeluaran buah durian.

Dalam mengenal pasti keperluan dalam penanaman buah durian Musang King, satu lawatan kerja yang diketuai Menteri Muda Pertanian Sarawak YB Dr Abdul Rahman bin Haji Ismail ke Syarikat Musang Durian Frozen Fruit (M) Sdn Bhd di Raub dan Kepong di Pahang.

Tujuan lawatan ini adalah bagi mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci berkaitan penanaman dan teknik pengendalian Durian Musang King untuk pasaran antarabangsa memandangkan durian tersebut mendapat permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa.

Syarikat Musang Durian Frozen Fruit (M) Sdn Bhd ini merupakan syarikat milik usahawan yang berasal dari Sarawak dan telah beroperasi di Semenanjung Malaysia selama lebih kurang 5 tahun.

Syarikat ini boleh dijadikan contoh bagi usahawan atau petani tempatan yang berminat menceburi tanaman durian secara komersial.