KUCHING: Ketua Menteri yakin bahawa promosi pengiklanan seperti Sarawak Aircraft Livery berupaya menarik ketibaan lebih banyak pelancong ke Sarawak.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak menyasarkan lima juta pelancong pada tahun ini.

Usaha promosi seperti dilakukan bersama AirAsia itu akan membawa pesawat terbabit ke pelbagai destinasi yang meliputi 50 juta setahun.

Abang Johari percaya melalui strategi sedemikian mesej untuk mempromosikan Sarawak akan dapat menarik pelancong luar.

“Sarawak perlu mencari strategi dan platform terbaik dan agresif untuk menarik para pelancong ke negeri ini” katanya di satu majlis di sini, Sabtu.

Dalam pada itu, beliau menasihati pemegang taruh dalam industri terbabit termasuk hotel dan restoran agar mempersiapkan diri untuk memberi perkhidmatan terbaik. –Sarawakvoice