KUCHING: Jumlah pelancong dari Indonesia dijangka terus meningkat termasuk pelancong perubatan.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Hamzah berkata pada tahun lepas lebih 40,000 pesakit dari Indonesia datang ke Sarawak untuk berubat di hospital swasta.

“Ini kerana hospital swasta di Sarawak mempunyai pejabat di Pontianak untuk promosikan perkhidmatan mereka,” katanya kepada media di satu majlis di sini semalam.

Indonesia mempunyai 260 juta penduduk dengan 17,000 pulau.

Ujar Abdul Karim, terdapat peningkatan jumlah pelancong ke Sarawak dari China dan Singapura memungkinkan sasaran lima juta pelancong pada tahun ini dapat dicapai.

Sementara itu dilaporkan perkhidmatan AirAsia ke Shenzen, China bakal ditamatkan.

Beliau berkata, Sarawak mempunyai alternatif lain untuk menarik pelancong dari China termasuk bekerjasama dengan Sabah. –Sarawakvoice