KUCHING: Sarawak dikenali sebagai tempat yang menawarkan pelbagai tarikan unik dengan nilai sejarah kepada pelancong.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari, Tun Abang Haji Openg, berkata Pesawat Livery Sarawak oleh Air Asia adalah salah satu platform yang agresif bagi mempromosi Kempen Melawat Sarawak 2019.

Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada Air Asia di mana keseluruhan pesawat itu dicat dengan mempamerkan lambang negeri Sarawak iaitu burung kenyalang serta corak-corak yang sinonim dengan Sarawak.

Tambahnya, corak pada pesawat ini akan dipaparkan selama dua tahun tetapi juga boleh dilanjutkan sehingga empat tahun.

Beliau berkata pesawat itu akan beroperasi selama 17 jam sehari dan kapasiti penumpang sehingga 50 juta penumpang setiap tahun dari semua destinasi termasuk destinasi antarabangsa.