Sunday, July 3, 2022

Pemilik nama domain disarankan sentiasa kemaskini sistem – MYNIC

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: MYNIC Berhad (MYNIC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menyarankan agar semua pemilik nama domain sentiasa memastikan sistem mereka dikemaskini untuk mengelakkan laman sesawang tidak mengalami gangguan ketika ‘DNS Flag Day’ pada 1 Feb 2019.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan MYNIC di sini hari ini, pada tarikh tersebut nama domain akan mengalami tranformasi global yang direka supaya Sistem Nama Domain (DNS) berfungsi dengan cekap dan membolehkan pereka perisian menggunakan fungsi dan mekanisme baru termasuk melindunginya dari serangan DDOS.

“Pada tarikh ini, pembekal perkhidmatan dan perisian DNS akan menyingkirkan tapak yang tidak memenuhi kriteria DNS secara global daripada perisian dan perkhidmatan.

“Kegagalan ini akan menyebabkan kesukaran membuat capaian kepada nama domain, memperlahankan sistem pencarian atau ketidaksediaan kepada laman yang dicari.​​​​​​​

Oleh sebab itu MYNIC berkata, kegagalan mengikuti pematuhan ini akan memberikan kesan kepada nama domain yang digunakan termasuklah nama domain .MY.

“Trend transformasi ini sebenarnya akan membantu membina masyarakat yang berdaya tahan dan mampan dan sama ada kita bersedia atau tidak untuk melalui transformasi digital, teknologi telahpun menjadi sebahagian daripada hidup kita,” katanya​​​​​​​.

Untuk maklumat lanjut, organisasi atau individu yang memiliki domain .MY boleh menghubungi MYNIC di customercare@mynic.my.– BERNAMA

Foto: Times Square Chronicles

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru