KUCHING: Lembaga Sungai-Sungai .Sarawak (LSS) melancarkan operasi penguatkuasaan keselamatan pengangkutan sungai sempena sambutan Tahun Baru Cina 2019.

Operasi berkenaan akan dijalankan dalam dua fasa iaitu fasa pertama pada 1 hingga 3 Februari, manakala fasa kedua pada 9 hingga 10 Februari ini.

Objektif operasi penguatkuasaan keselamatan itu dilaksanakan adalah untuk mencegah bot penumpang membawa muatan melebihi had ditetapkan.

Ia juga bagi memastikan semua bot penumpang yang beroperasi memiliki Permit Pengangkutan Sungai (RTP) yang masih sah.

LSS berharap semua pengusaha bot dan penumpang dapat bekerjasama untuk memastikan pergerakan ke destinasi masing-masing berjalan lancar.

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak – UKAS