Pemilik rumah Ramblah binti Sam dari Kampung Tengah Igan dan Hasnah binti Yahya Kampung Pulau Igan melahirkan rasa gembira apabila rumah mereka yang sebelum ini mengalami masalah telah dibaik pulih menerusi Projek MRP-Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) DUN Jemoreng.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng YB Dato’ Mursyid DiRaja Dr. Haji Juanda bin Haji Jaya telah menyerahkan sendiri Projek MRP-PPRMS kepada dua penerima dalam lawatannya ke Tapak Projek Matu, pagi tadi.

Dato’ Mursyid DiRaja Dr. Haji Juanda turut melawat 2 projek RTP DUN Jemoreng masing-masing di Kampung Igan menerusi projek Naik Taraf AC Pipe ke HDPE Pipe yang telah siap dilaksanakan dan Pusat Sumber Kampung Pulau Igan dengan penyerahan tapak projek kepada kontraktor.

Turut diserah, Projek Rakyat Naik Taraf Pentas Perpaduan Kampung Tengah Igan kepada kontraktor yang dilantik.

Sementara itu, dua Projek Rakyat iaitu Projek Stesen Pertanian Kuala Igan dan Projek Spectra Kampung Igan yang sedang dalam pembinaan turut dilawat bagi melihat kemajuan projek tersebut.

Lawatan berakhir dengan Dato’ Mursyid DiRaja Dr. Haji Juanda mengadakan sesi perjumpaan bersama peniaga Medan Selera Kampung Igan di mana Medan Selera Kampung Igan yang dibina menerusi RTP Jemoreng sudah beroperasi minggu ini.

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak – UKAS