Sunday, May 29, 2022

Bermula hari ini, pelancong asing bayar cukai inapan RM10 sebilik, satu malam di taman negara S’wak

Secara Rawak

KUCHING: Bermulai hari ini, 1 Februari Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengumumkan cukai pelancongan mula dikutip di taman negara di Sarawak.

Menurut notis disiarkan di Facebook Sarawak Forestry itu, cukai tersebut dikenakan berdasarkan Bahagian III Akta Cukai Pelancongan 2017 — cukai dikenakan terhadap pelancong yang menginap di premis penginapan di Malaysia.

Cukai tersebut membenarkan kutipan dipungut daripada pelancong asing sebanyak RM10 semalam bagi setiap bilik.

Rakyat Malaysia yang memegang MyKad atau MyPR dikecualikan daripada cukai terbabit. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru