Sunday, May 29, 2022

6 keluarga gembira terima Projek PPRMS di DUN Jemoreng

Secara Rawak

Seramai 6 orang penerima melahirkan rasa gembira selepas projek baikpulih rumah di bawah Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) DUN Jemoreng telah siap.

ADUN Jemoreng YB Dato’ Mursyid DiRaja Dr. Haji Juanda bin Haji Jaya telah menyampaikan Projek MRP-PPRMS kepada 6 orang penerima dalam lawatannya di sini, semalam.

Selepas itu, Dato’ Mursyid DiRaja Dr. Haji Juanda telah melawat 4 projek RTP meliputi pembinaan Culvert di sepanjang Kampung Bawang Hulu (serah Siap), naik taraf jalan dalam Kampung Loba Balu (serah siap), Membina Baru Pusat Sumber di Kampung Bertong Matu (serah tapak kepada kontraktor) dan Membina Baru Dewan Serbaguna Kampung Pergau Matu (serah tapak kepada kontraktor).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru