Sunday, May 29, 2022

3 projek dalam proses transformasikan DUN Tanjong Datu

Secara Rawak

KUCHING: Dua projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan satu projek Kerajaan Sarawak akan mentransformasikan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu apabila siap kelak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, YB Datuk Amar Hajah Jamilah Haji Anu berkata 2 projek RTP DUN Tanjong Datu dan 1 projek di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Ke 11 (RMK11) kini sedang dilaksanakan dan ada projek yang telah siap dibina dan boleh digunakan.

2 Projek RTP DUN Tanjong Datu itu ialah pembinaan Dewan Masyarakat Kampung Rambungan, Sampadi yang bernilai RM500 ribu dan dijangka siap pada tahun ini.

Manakala, pembinaan jeti terapung dan pontoon di Tebingan Sungai Lundu yang bernilai RM350 ribu yang kini telah siap dan digunakan kaki pancing dan kemudahan bot dan perahu berlabuh

Projek pembinaan Centre Of Technical Excellence Lundu (CENTEX) bernilai RM90 juta di bawah RMK11 yang dijangka siap tahun 2020.

Beliau berkata demikian di program lawatan tapak pemantauan Pelaksana Projek RMK11 Peruntukan Negeri dan RTP Bahagian Kuching di Lundu, semalam.

Foto UKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru