Sunday, May 29, 2022

Sarawak teruskan Projek Transformasi Luar Bandar untuk rakyat

Secara Rawak

Hanya Sarawak sahaja yang menyediakan peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen dalam melaksanakan pembangunan di setiap kawasan di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II dan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Sarawak YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan berkata Kerajaan Sarawak telah banyak memperuntukan kewangan bagi terus membangunkan kawasan luar bandar yang dimulakan bekas Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem dan diteruskan Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Sebelum ini peruntukan RTP ini diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), tetapi selepas Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) ia diperluaskan kepada Ahli Parlimen.

Kerajaan negeri turut mempertingkatkan jumlah projek bagi kelas C bagi memberi peluang kepada lebih ramai kontraktor kelas tersebut mendapat manfaat daripada projek tersebut.

Kontraktor juga diingatkan jangan menjual kontrak atau disubkan kontrak kepada kontraktor lain kerana ia tidak membuatkan kita berjaya.

Sementara itu, Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Menteri Muda e-Dagang Sarawak YB Datuk Haji Mohd Naroden bin Haji Majais berkata kerajaan mengamalkan pemberian projek secara terbuka menerusi cabutan.

Sehingga kini, telah banyak projek kerajaan untuk rakyat telah dilaksanakan kontraktor. Proses lantikan kontraktor dan pemberian tender dibuat menerusi cabutan.

Kontraktor yang memperoleh projek kerajaan diingatkan agar tidak menjadikan projek kerajaan ini sebagai projek ‘Ali Baba’ hanya semata-mata mahu mendapatkan keuntungan atas angin.

Sekiranya ada aduan daripada pihak yang mendakwa ada kontraktor yang cuba membuat projek kerajaan sebagai ‘Ali Baba’, lesen mereka boleh dibekukan selama tiga tahun.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru