Tuesday, June 28, 2022

Sarawak contoh terbaik dalam perpaduan kaum

Secara Rawak

Biarpun negeri Sarawak mempunyai pelbagai suku kaum dan agama, tetapi rakyatnya dapat hidup dalam suasana aman damai dan boleh merayakan pelbagai bentuk perayaan secara bersama.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak YB Datuk Amar Hj Awang Tengah Ali Hasan dalam ucapannya di Majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baru Cina Daerah Lawas 2019 berkata perkara ini dapat kita lihat menerusi sambutan perayaan seperti Tahun Baru Cina, Gawai Dayak, Hari Raya Aidilfitri, Deevapali dan Krismas yang diraikan secara bersama dengan konsep rumah terbuka.

Mengenai bantuan kebajikan, Kerajaan Sarawak menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan meneruskan program kebajikan seperti bantuan am untuk keluarga yang benar-benar miskin.

Begitu juga bantuan kepada kanak-kanak bawah 18 tahun, Orang Kurang Upaya (OKU), bantuan orang tua, anak yatim piatu, pekerja yang cacat anggota, orang sakit kronik, bantuan perniagaan dan banyak lagi bantuan diberikan tanpa mengira agama atau bangsa.

Foto: UKAS Sarawak

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru