Sunday, July 3, 2022

Gustian dilantik Pegawai Daerah Lundu baharu

Secara Rawak

KUCHING: Gustian bin Hj Durani telah dilantik sebagai Pegawai Daerah Lundu yang baru menggantikan Awg Putra Yusrie bin Awg Reduan yang berpindah tugas ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan E-Commerce (MITEC) bermula 1 Febuari (Jumaat) ini.

Gustian dalam ucapannya berkata pengalaman dua tahun sebagai Setiausaha Majlis Daerah Lundu akan digunakan sepenuhnya untuk melaksanakan agenda pembangunan di Daerah Lundu yang telah dirancang oleh Kerajaan Sarawak untuk menjadikan Lundu sebagai daerah tarikan pelancongan yang baharu di negeri Sarawak.

Sementara itu, Norashikin binti Brahim telah dilantik sebagai Setiausaha Majlis Daerah Lundu menggantikan Gustian Hj Durani yang dilantik sebagai Pegawai Daerah Lundu.

Majlis serah tugas ini telah disaksikan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Hajah Jamilah Hj Anu dan ADUN Opar, Datuk Ranum anak Mina selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Lundu, semalam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru