Sunday, May 29, 2022

Chieng Jen adakan rumah terbuka Tahun Baharu Cina pada Selasa depan

Secara Rawak

KUCHING: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen akan mengadakan rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Dewan Utama SJK Chung Hua No 3 di Padungan di sini pada Selasa depan.

Beliau akan menganjurkan majlis itu, dari pukul 10 pagi hingga 3 petang, buat kali pertama dalam kedudukannya sebagai timbalan menteri, yang memberinya peluang untuk mengucapkan Gong Xi Fa Cai sambil beramah mesra bersama para tetamu.

Chong, yang juga Pengerusi DAP Sarawak, turut meminta anggota Kabinet kerajaan Sarawak supaya mengetepikan perbezaan politik mereka dan menghadiri majlis rumah terbuka itu bagi berkongsi kemeriahan serta keceriaan sambutan berkenaan bersama-sama masyarakat.

“Dalam masyarakat sekular dan majmuk di negara ini, semua orang dialu-alukan untuk bersama-sama merayakan majlis ini tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain mengundang anggota dan penyokong  DAP, beliau turut mempelawa pelbagai kumpulan orang kurang upaya dan badan bukan kerajaan untuk merayakan Tahun Baharu Cina, yang disambut pada Selasa depan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru