Tuesday, June 28, 2022

‘Adakah semua ini sabotaj kepada Perdana Menteri?’

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Rakyat sedang memerhatikan pelbagai adegan ‘flip-flop’ kerajaan Pakatan Harapan (PH).

PH dilihat banyak membuat pusingn U membatalkan janji sehinggakan bukan saja pelabur yang was was untuk melabur, malahan kakitangan kerajaan dan orang awam sendiri keliru dan haru-biru.

Justeru bagi Jabatan Komunikasi Strategik, Penerangan UMNO Malaysia melihat kepada kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya terdapat kelemahan dalam kerajaan, menteri-menterinya ‘buat silap kenyataan’ dan ‘kenyataan bercanggah kerana kabinet masih baru’ membuatkan masyarakat umum terfikir apakah perkara tersebut seperti disengajakan.

“Banyak persoalan yang timbul di benak fikiran. Takkan sesama menteri tak ada ‘consultation’? Takkan setiausaha-setiausaha yang dibayar ribuan gaji, tak buat semakan? Takkanlah kerajaan sendiri tak ada satu sekretariat yang boleh ‘monitor’ kenyataan-

kenyataan yang sudah, sedang dan akan dibuat oleh pak menteri?,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam portal UMNO.

Foto: Bernama

Ujarnya, percanggahan kenyataan atau kenyataan ‘half past six’ pak menteri-menteri dalam kerajaan Pakatan Huru Hara ini bukan kali pertama berlaku.

“Bermula daripada kenyataan pasal stokin dan kasut hitam putih, hutang negara yang sekejap trilion sekejap bilion, status aset pertahanan negara, bayaran duit peneroka, hinggalah yang terbaru pasal Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), pak-pak menteri nampaknya main cakap sedap hati saja, tanpa mengenok impaknya kepada tahap intelektual rakyat,” katanya.

Justeru  ujarnya lagi, rakyat negara ini pada zaman milineum dan celik siber ini tidak suka diperbodoh-bodohkan dengan kenyataan ‘suku masak’ kerana mereka sebenarnya tahu dan dapat melihat apa yang berlaku.

Malah, jelasnya, ada rakyat yang menepuk dahi ketawa apabila seorang timbalan menteri berkata, hasil susu getah boleh meningkat pada musim tengkujuh kerana pokok getah masih boleh ditoreh!

“Ada pula timbalan menteri lain yang kata ekonomi Malaysia sekarang masih ‘okay’, sedangkan rakyat di bawah merana dan bergelut kerana kos sara yang meningkat.

“Ada pula pemimpin yang asyik keluar negara, sedangkan perbelanjaan minyak pesawat itu boleh dihalakan kepada meringankan beban hidup rakyat,” tegasnya.

Namun, kata kenyataan itu, apa lebih menarik yang ingin rakyat ketahui di sini adalah apakah kriteria pemilihan pak-pak menteri ini semasa pelantikan dibuat.

“Faktor kebijaksanaan atas kertas atau pengalaman? Atau berdasarkan kekananan jawatan dalam parti?

“Jika diamati, majoriti kenyataan lintang pukang ini datangnya dari pemimpin atau menteri yang belum ‘masak’ dalam mentadbir negara,” katanya.

“Tapi anehnya, ada juga kenyataan itu datang dari pemimpin yang sudah ‘terlebih masak’, terbaharu kenyataan ECRL dan juga status kewarganegaraan Orang Asli oleh ‘Uncle Lim’,” katanya lagi.

“Adakah semua kenyataan ni bertujuan memalukan Dr Mahathir? Menteri Dap sengaja tersilap cakap? Menteri Amanah atau PKR sengaja ‘mensilapkan’ kenyataannya? Adakah semua ini sabotaj kepada Perdana Menteri ?,” katanya. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru