SIBU: Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Sibu , Abdul Raafidin Majidi terus memberikan khidmatnya untuk penduduk Sibu khususnya di kawasan N55 Nangka.

Hal ini sejajar dengan prinsipnya selepas memenangi jawatan Ketua PKR Cabang Sibu pada pemilihan parti itu pada November lepas.

Menurut catatan terbaru di laman Facebooknya, Raafidin dilihat menyumbang atap zink kepada penduduk di Batu 6 , Jalan Oya bagi membantunya meringankan bebannya untuk membaiki rumahnya.

“Menyampaikan sedikit sumbangan berupa atap zink kepada keluarga Puan Maslizawati Ismail di Batu 6 1/2, Jalan Oya, Sibu bagi membaiki atap zink yang telah rosak, ” ujar Raafidin di dalam catatan Facebooknya.

Raafidin juga merupakan bekas calon PKR bagi kawasan Nangka selepas ditewaskan kepada penyandang terkini, Dr Annuar Rapaee dengan majoriti 7617 pada Pilihan Raya Negeri 2016 yang lalu. –Sarawakvoice

Foto: Page Abdul Raafidin