Monday, June 27, 2022

Pelik, sanggup kahwini selimut, lampu, hantu…

Secara Rawak

Memang pelik memikirkan ada manusia sanggup mengahwini objek lampu, selimut dan ada yang sanggup mengahwini hantu.

Ini merupakan lapan perkahwinan aneh dipetik daripada artikel Mirror.co.uk.

1. Nurul Mahjabeen kahwini permainan Tetris: Nurul Mahjabeen menjalinkan hubungan dengan kalkulator bernama Pierre.

Dia kini merancang berkahwin dengan permainan Tetris selepas tamat pengajian universiti kelak.

2. Pascale Sellick kahwini selimut: Pascale Sellick, 49, mengadakan hubungan intim dengan selimutnya.

Sellick sanggup menganjurkan majlis kahwin meraikan cintanya pada selimut itu.

3. Amanda kahwini hantu lanun:

Seorang wanita sanggup berkahwin dengan hantu lanun yang didakwa lanun dari tahun 1700, yang pernah dihukum mati kerana melanun di laut.

4. Laura kahwini dirinya sendiri: Jurulatih kecergasan Itali, Laura Mesi meraikan majlis perkahwinan dengan dirinya sendiri.

5. Amanda kahwini lampu Candelier:

Amanda Liberty, 33, dari Leeds, England menyimpan 25 lampu gantung di rumahnya.

Amanda mengadakan “hubungan” dengan lampu candeliernya dan “bertunang” dengan sebuah lampu bernama Lumiere yang dibelinya di eBay.

6. Amanda Rodgers kahwini anjing: Pemilik anjing Amanda Rodgers mengahwini haiwan peliharaannya baka Sheba pada Ogos 2012.

Amanda berjalan di hadapan 200 tetamu bersama anjingnya pada majlis perkahwinan di Split, Croatia.

7. Kahwini watak permainan video, Nene:

Lelaki Jepun mengahwini watak permainan video bernama Nene Anegasaki, permainan dating maya oleh Nintendo DS iaitu Love Plus, dan berkahwin pada November 2009.

8. Amy Wolfe kahwini Permainan taman tema.

Amy Wolfe dari New York, Amerika Syarikat menjalinkan hubungan dengan permainan ‘roller coaster’ di taman tema bernama “1001 Nacht” di Pennsylvania. –Sarawakvoice

Pascale Sellick kahwini selimutnya. Foto: SWNS
Amanda Sparrow kahwini hantu lanun. Foto: Triangle News
Amanda Rodgers kahwini anjingnya.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru