Sunday, May 29, 2022

Bank Islam dipilih urus akaun Endowment Fund S’wak

Secara Rawak

KUCHING: Sidang Media Endowment Fund Sarawak (EFS) oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Dalam majlis tersebut, beliau telah memberi taklimat secara terperinci mengenai EFS seperti syarat-syarat kelayakan dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mendaftarkan seorang anak ke dalam EFS.

Sebelum ini, YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dalam Ucapan Belanjawan 2019 telah mengumumkan pemberian EFS RM1,000 kepada setiap kelahiran anak Sarawak bermula tahun ini.

Bagaimanapun, EFS ini hanya boleh dikeluarkan apabila anak tersebut mencapai usia 18 tahun sebagai usaha untuk membiayai persiapan awal kemasukan anak-anak ke institusi pengajian tinggi atau sebagai ‘capital grant’ untuk memulakan kerjaya.

Jumlah yang diperuntukkan bagi tujuan tersebut ialah sebanyak RM40 juta.

Syarat-syarat kelayakan EFS ialah, warga negara Malaysia iaitu sama ada lahir di Sarawak atu di luar Sarawak.

Selain itu, kedua-dua atau salah seorang ibu bapa pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus “K”; dan pendaftaran EFS dibuat semasa pendaftaran kelahiran.

Bagi kategori anak angkat pula, kedua-dua atau salah seorang ibubapa angkat pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus “K” dan mempunyai sijil pengangkatan anak yang sah.

Kaedah pendaftaran EFS boleh dibuat di semua Jabatan Pendaftaran Negara atau cawangan di seluruh Malaysia.

Ibu bapa perlu mengisi borang EFS yang disediakan semasa membuat pendaftaran kelahiran.

Borang yang lengkap perlu diserahkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara atau cawangan berkenaan.

Pihak Jabatan Pendaftaran Negara atau cawangan seterusnya akan menghantar borang yang telah lengkap ke cawangan Bank Islam setiap dua minggu.

Bank Islam akan memproses pendaftaran EFS.

Pemakluman pendaftaran akan dihantar oleh pihak bank ke alamat yang didaftarkan.

Sijil asal boleh dituntut di Bank Islam atau cawangan yang dinyatakan di dalam surat pemakluman.

Borang pendaftaran EFS boleh didapati daripada Jabatan Pendaftaran Negara atau cawangan mulai 1 Mac ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru