Monday, November 28, 2022

Warga emas terlantar sakit, hidup amat daif

Secara Rawak

KUCHING: Beberapa hari lalu, telah tular di laman Facebook mengenai keadaan seorang warga emas yang terlantar sakit dan memerlukan bantuan.

Keluarga tersebut tinggal dalam keadaan yang amat daif dengan hanya beratapkan zink.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Sri Fatimah Abdullah berkata, pihaknya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah turun padang bagi menyiasat kes tersebut sejurus menerima laporan terbabit.

“Pihak JKM telah menyiasat kes ini dan mendapati bahawa keluarga Encik Jamimi memang miskin dan pernah menerima bantuan di bawah Skim Kanak-Kanak bagi cucunya.

“Akan tetapi, apabila cucu tersebut berhenti sekolah bantuan yang diberikan telah dihentikan.

“Namun demikian, pihak JKM telah mengatur semula permohonan baru bagi mendapatkan bantuan untuk Encik Jamimi di bawah Skim Orang Tua iaitu sebanyak RM350 sebulan,”jelasnya.

Kata Fatimah, pihak JKM Sarawak telah melancarkan talian bantuan (Helpline) bagi membantu mereka yang memerlukan perkhidmatan kebajikan.

Talian bantuan tersebut beroperasi 24 jam bagi menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, cepat dan tepat menerusi panggilan terlefon untuk memastikan orang awam mendapat perkhidmatan kebajikan yang diperlukan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan bantuan atau ingin membuat aduan boleh menghubungi 082-514141. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru