KUCHING: Seorang pemandu jabatan kerajaan yang berdepan dua tuduhan merogol remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuching hari ini.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam membuat pengakuan itu dihadapan Hakim Marutin Pagan selepas pertuduhan dibacakan.
Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan selepas dia didakwa merogol remaja perempuan berusia 16 tahun pada 29 Mac 2018.
Tertuduh telah melakukan perbuatan itu di dalam bilik stor dewan serbaguna Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah di Kuching.
Marutin dalam penghakimannya menetapkan 4 Mac 2019 sebagai tarikh pengurusan kes.
Manakala perbicaraan akan dilaksanakan pada 8 dan 9 April 2019. –Sarawakvoice
