Sunday, May 29, 2022

Buat tuntutan palsu RM6000: Pemilik syarikat katering direman enam hari

Secara Rawak

KUCHING: Seorang pemilik syarikat katering direman enam hari bermula Selasa bagi membantu siasatan kes berhubung tuntutan palsu berjumlah lebih RM6,000.

Majistret Mohd Syukri Mokhtar membenarkan suspek direman sehingga 4 Februari depan.

Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dilaksanakan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek tidak diwakili peguam hadir ke Mahkamah Kuching hari ini.

Suspek dikatakan telah terlibat dengan pihak lain dalam membuat tuntutan palsu bagi perkhidmatan katering semasa latihan menembak di Pulapol Kuching pada 7 dan 8 Oktober 2017.

Malah permohonan reman tersebut dibuat bagi mengesan suspek-suspek lain yang disyaki terlibat.

Suspek yang berusia 43 tahun dari Jalan Matang-Batu Kawa itu ditahan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Suspek kini ditempatkan di Lokap Balai Polis Satok kerana lokap SPRM belum diwartakan untuk tahanan perempuan. –Sarawakvoice

Gambar hiasan

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru