Monday, December 5, 2022

Kerajaan negeri sentiasa sokong sukan elektronik — Abd Karim

Secara Rawak


KUCHING: Kerajaan Sarawak berjanji akan menyokong pelbagai bentuk usaha penganjuran pertandingan sukan elektronik atau e-sukan.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau juga berhasrat untuk melihat Bandar Kuching sebagai sebuah hab bagi penganjuran sukan itu setelah melihat pelbagai maklum balas positif mengenai perkara itu.

“Kementerian kami sangat menyokong segala bentuk penganjuran sebegini. Kami akan sentiasa dibelakang anda.

“Kami menyarankan agar pihak penganjur pertandingan e-sukan untuk menghantar kertas projek anda kepada pihak kami agar peruntukkan dapat kami salurkan,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran ESport Ekspo 2019 di Kuching.

Selain itu tambah beliau kerajaan juga mahu penganjuran bagi pertandingan sukan-sukan ini diadakan secara besar-besaran sebagai usaha mencungkil lebih banyak bakat serta mempertingkatkan daya saing yang sihat dalam kalangan masyarakat.

Walaubagaimanapun beliau juga mahu, sukan-sukan luar terus diketengahkan kerana mahu masyarakat sentiasa menjaga kesihatan fizikal.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru