Wednesday, November 30, 2022

Karim: Maruah negara perlu dijaga agar M’sia sentiasa dihormati masyarakat luar

Secara Rawak

KUCHING: Mengimbau kembali sekitar 1979, semasa Rusia menyerang Afghanistan — sebanyak 66 negara ketika itu mennyertai Sukan Olimpik di Moscow 1980.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, “Jimmy Carter Presiden Amerika membuat keputusan tidak terlibat dalam Olimpik di Moscow atas dasar politik.

“Oleh kerana dasar Rusia pada masa itu untuk menyerang Afghanistan jadi apabila Amerika tidak menyertai Olimpik pada 1980 mereka telah memaklumkan kepada sekutu-sekutunya agar juga turut jangan ikut sama,” ujar Karim.

“Jadi kalau kita imbas kembali 66 negara tidak ikut sama dalam sukan Olimpik di Moscow kadang-kadang kita rasa apabila negara kecil seperti Malaysia (bertindak) diperlaku seperti ini,”

“Kalau Amerika yang membuat dasar politik seperti itu dan tidak terlibat dalam sukan, boleh pula,” kesal Karim.

Karim mengaku beliau terkilan dengan keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) yang mengeluarkan Malaysia daripada menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019.

Keputusan diambil kerana IPC tidak berpuas hati tindakan Malaysia tidak menerima kehadiran atlet Israel menyertai kejohanan berkenaan.

Akur dengan keputusan Persekutuan, Karim berkata
maruah negara perlu dijaga agar Malaysia sentiasa dihormati dan disegani masyarakat luar. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru