Minggu lalu, Guan Eng sangat bangga kutipan SST melepasi jangkaan kerajaan PH sebanyak 34%, dengan kutipan RM5.4 bilion berbanding unjuran RM4 bilion untuk 4 bulan terakhir tahun lepas.

Dia juga bangga kutipan cukai terus seperti syarikat dan peribadi yang dikutip LHDN meningkat 11% kepada RM137.03 bilion berbanding tahun sebelum itu.

Tetapi PH masih tak puas hati.

Bermula bulan Januari ini, program rebat bagi caj bil elektrik RM20 ke bawah untuk kebanyakan pengguna telah dimansuhkan. Mereka yang dulunya tidak perlu membayar satu sen pun akan mula bayar bulan ini.

Bulan Mac, tarif elektrik untuk komersil dan industri akan dinaikkan lagi.

Bulan Mac juga, SST akan diperluaskan kepada 4 perkhidmatan baru iaitu perkhidmatan pengendalian taman hiburan, penyediaan pembrokeran dan penaja jaminan, pembersihan serta penyediaan latihan dan tunjuk ajar.

Kanak-kanak yang ingin sedikit hiburan, rakyat yang basuh baju di dobi, pelabur yang nak beli saham, mereka yang ingin meningkatkan ilmu mereka di kursus latihan dan banyak lagi akan dikenakan cukai baru bermula 1 Mac.

Bulan April, cukai soda akan bermula. Yang mahu minum Coke perlu membayar cukai 40 sen satu liter kepada Guan Eng.

Bulan Mei pula, mereka yang bukan dari golongan B40 tidak lagi menerima subsidi untuk RON95 dan diesel dan harga petrol akan dinaikkan secara “berdikit-dikit”.

Bermula bulan Jun, yang mahu melawat ke negara lain akan dikenakan cukai perlepasan lapangan terbang tambahan sebanyak RM40 seorang.

Tarif elektrik dan gas juga diunjurkan akan naik sekali lagi pada bulan Julai.

Tiap-tiap bulan ada “hadiah” kepada rakyat.

Tidak lupa harga air diseluruh Malayia sedang dan akan dinaikkan sebanyak 20% tahun ini.

Tahun ini juga, BR1M telah dikurangkan atau dimansuhkan termasuk untuk orang bujang.

Pelbagai bantuan-bantuan rakyat yang lain di bawah BN tidak lagi diteruskan.

Pada masa yang sama, defisit kerajaan naik, hutang kerajaan naik, ekonomi semakin menurun dan kos sara hidup semakin naik.

Di mana suara-suara mereka yang pernah kata BN zalimi rakyat dengan GST?

Di mana mereka yang tuduh BN tidak prihatin rakyat?

Gua mana dipasang aircon yang mereka sorok berpelukan?