Saturday, August 20, 2022

Ahok sedia kahwini Puput polis Muslim penghantar makanannya semasa di lokap

Secara Rawak

JAKARTA: Mantan gabenor Jakarta, BASUKI Basujki Tjahaja Purnama atau nama mesranya Ahok kini bebas dari penjara.

Di Jakarta, tersebar meluas berita bahawa Ahok sedia untuk mengahwini anggota polis Muslim yang bertugas sebagai penghantar makanan untuknya semasa dia dipenjara di Mako Brimob.

Anggota polis tersebut bernama Bripda Puput Nastiti Devi, 21, berasal dari Nganjuk, Jawa Timur.

Ahok bercerai dengan isterinya Veronica Tan pada April 2018 setelah mendirikan rumah tangga 21 tahun.

Keluarga Ahok dan Puput merancang melangsungkan upacara perkahwinan mereka yang dinafikan keluarga Puput berlangsung 15 Februari ini.

Tribunnews melaporkan ayah Puput bernama Aiptu Teguh Sriyono di Jalan Pesantren, Kelurahan Pasir Gunung Selatan, Kecamatan Cimanggis, Kota Depok sedang menguruskan surat nikah Ahok-Puput.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru