Tuesday, August 16, 2022

Tindakan sporting Mac Rohayu menyanyi lagu Ditakdirkan Kita Bersama kejutkan busker OKU

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Tindakan sporting penyanyi popular kelahiran Sarawak, Mac Rohayu menyanyi bersama-sama busker Orang Kelainan Upaya (OKU) mendendangkan lagu Ditakdirkan Kita Bersama mengejut wanita buta itu.

Seakan tidak percaya pelantun sebenar lagu berada di situ ketika dia membuat persembahan di perkarangan Pertama Complex dii ibu kota.

“Terima kasih kerana menyanyi lagu saya,” kata Mac Rohayu.

Video berdurasi lebih lima minit itu memperlihat Mac Rohayu bersama-sama rakan-rakannya mendengar lagu itu berkumandangan dari jauh.

“Kita berada di Pertama Complex. Tiba-tiba terkejut, orang nyanyi lagu mak (saya). Aku nak claim aku punya royalti. Awak menyanyi lagu saya,” katanya berseloroh dalam video itu.

Mac Rohayu, anak jati Kuching pernah bernaung di bawah syarikat rakaman EMI dan pada zaman popularnya akhir 90-an, Mac Rohayu antara artis tersohor Sarawak selain Azie Mustapha.

Lagu berusia lebih 20 tahun itu masih menjadi lagu yang dapat membuai halwa telinga dan sehingga kini, Mac Rohayu masih diingati hanya kerana lagu Ditakdirkan Kita Bersama. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru