Monday, June 27, 2022

Pelajar IPT sertai “Night at the Museum”

Secara Rawak

KUCHING: Seramai 80 pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta beberapa pelajar luar negara menyertai Program “Night at the Museum” kolaborasi antara Jabatan Muzium Sarawak dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berlangsung 8-9 Februari 2019.

Perkara tersebut didedahkan oleh Pemangku Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Suria Bujang ketika berucap sempena Majlis Perasmian Pameran al-Quran anjuran Jabatan Muzium Sarawak.

Pameran al-Quran tersebut diadakan bermula 25 Januari sehingga 14 April depan.

Pameran bertujuan mempamerkan amalan masyarakat Islam di Sarawak dalam membaca al-Quran sehingga terhasilnya kegiatan seperti khatam al-Quran, bertadarus di masjid dan surau terutam pada Ramadan dan Majlis Tilawah al-Quran.

Ini sekali gus menjadikan Negeri Sarawak sebagai negeri terbaik di Malaysia selain pernah menghantar beberapa peserta bagi mengharumkan nama Malaysia hingga ke peringkat Antarabangsa.

Suria dalam kenyataannya berkata, “seperti kita sedia maklum terdapat peserta dari Sarawak mengharumkan nama Malaysia ke peringkat antarabangsa dengan peserta dari Sarawak seperti Datuk Haji Ismawi Haji Duet, Haji Awangku Omar Asfuaddin bin Awang Hamdan dan Hajah Amnah Ayub merupakan peserta dari Sarawak yang mewakili Malaysia di peringkat Antarabangsa.”

Justeru, ujarnya segala penceritaan, foto dan artifak dipamerkan dalam pameran ini adalah untuk menonjolkan keunikan serta amalan dalam pembacaan al-Quran untuk terus mengekalkan amalan ini hingga ke generasi seterusnya.

Selain itu, terdapat beberapa pameran sementara yang menyusul seperti Pameran Artifak Nabi, Pameran Parang Borneo, Pameran Haji dan Pameran Tengkorak.

Beliau juga yakin dan percaya, sepanjang tempoh pameran tersebut diadakan ia mampu menarik orang ramai untuk terus mengunjungi muzium serta memberi sokongan padu terhadap segala aktiviti yang disediakan. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru