Thursday, June 30, 2022

KKM bantu Kerajaan S’wak tangani rabies di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Polisi Sifar Anjing Liar di Sarawak memberi kesan positif kepada perkembangan wabak anjing gila atau rabies setempat.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata Sarawak bebas virus Rabies bawaan anjing sekiranya matlamat dasar itu berjaya dicapai.

Untuk mencapai hasrat itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia bekerjasama sepenuhnya dengan Kerajaan Sarawak dalam menangani masalah tersebut.

Lee berkata, “menerusi jabatan kesihatan negeri kita membantu bekerjasama 100 peratus dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan kita telah arahkan semua Pejabat Kesihatan Daerah dan Klinik Kesihatan membantu dalam usaha operasi yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk kawalan vaksin.”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Hospital Sentosa di Kuching pada Jumaat.

Menurut Dr Lee, pihaknya mengalu-alukan langkah diambil Kerajaan Sarawak dalam menangani masalah rabies yang kini diisytiharkan sebagai Bencana Tahap Dua di bawah Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara.

Dr Lee melengkapkan lawatan kerja tiga hari di Sarawak bagi melawat kemudahan kesihatan di hospital.

Mengulas lanjut, untuk rabies KKM membelanjakan lebih RM2 dua juta yang   digunakan membiayai kos vaksin rabies yang disalurkan kepada Negeri Sarawak.

KKM juga menurut beliau mengadakan sesi dialog dengan Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian semasa lawatan tersebut. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru