Sunday, September 25, 2022

Ketepikan perbezaan politik bagi bangunkan negeri Sarawak

Secara Rawak

SEMATAN: Ketepikan perbezaan politik dalam usaha membangunkan negeri Sarawak yang memanfaatkan kesejahteraan rakyat.

Demikian penegasan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika mengulas kerjasama erat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak dalam melaksanakan projek pembangunan di negeri ini.

Meskipun berbeza kerajaan, namun usaha yang dilakukan untuk membangunkan negeri Sarawak tidak harus dipolitikan.

“Kita mesti bersatu dalam membangunkan negeri Sarawak, walaupun kerajaan berbeza.

“Jangan kira politik pok, yang penting kita bersama membangunkan negeri Sarawak,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan Pakatan Harapan kerana melantik Baru Bian sebagai Menteri Kerja Raya.

Seorang anak Sarawak yang pasti tahu dan memahami keperluan pembangunan infrastruktur di Sarawak khususnya jalan raya.

“Sebelum ini, Datuk Seri Fadillah, dan sekarang Baru Bian, mereka adalah anak Sarawak.

“Beliau (Baru Bian) pastinya tahu akan keperluan kita di sini, ” katanya. –Sarawakvoice

Foto: TVSarawak.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru