Friday, August 12, 2022

Destinasi pelancongan Tanjung Datu akan dinaik taraf

Secara Rawak

SEMATAN: Kawasan Tanjung Datu yang disifatkan sebagai salah sebuah destinasi pelancongan menarik Sarawak akan terus dinaik taraf.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg berkata kerajaan Sarawak mempunyai perancangan untuk pembangunan kawasan itu antaranya ialah meneruskan pembinaan jambatan Rambungan yang sebelum ini ditangguhkan pembinaannya oleh kerajaan persekutuan.

Tambahnya lagi, hasil pengenalan cukai sebanyak 5% terhadap minyak dan gas akan digunakan bagi melaksanakan projek tersebut.

Disamping itu beliau yakin bahawa empat buah taman negara yang ada di sini akan terus menjadi tarikan para pelancong dimana taman negara ini menempatkan pelbagai jenis flora dan fauna dan lebih-lebih lagi spesis monyet belanda.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru