Tuesday, June 28, 2022

Trafik Bukit Aman yakin kadar kematian dalam tempoh Op Selamat berkurangan tahun ini — Pengarah

Secara Rawak

KUCHING: Turunkan kadar kematian akibat kemalangan di seluruh negara, itu komitmen yang dilaungkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman semalam.

Pengarahnya, Datuk Azisman Alias berkata, pihaknya yakin dapat menurunkan kadar kemalangan maut di negara ini, terutamanya ketika jumlahnya meningkat pada setiap kali musim cuti perayaan.

“Hakikatnya, sejak dua Op Selamat yang lalu, kadar kemalangan maut di seluruh negara telah menunjukkan penurunan yang signifikan.

“Kita telah merekodkan penurunan sebanyak 11.5 peratus dalam tempoh Op Selamat Tahun Baharu Cina dan jumlah kematian juga telah dapat dikurangkan sebanyak 17.1 peratus.

Harus diingat, jumlah kemalangan maut berbeza dengan jumlah kematian kerana kadang-kadang dalam satu kemalangan ada melibatkan lebih daripada satu kematian.

Katanya, ini menjadikan jumlah kematian agak berbeza.

“Malah kadang-kadang ada juga jumlah kematian lewat.

“Tetapi kita ambil kira juga sebagai jumlah kemalangan yang menyebabkan kematian,” jelasnya ketika ditemui di Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontijen Sarawak di sini.

Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan dengan dengan pegawai dan anggota trafik Sarawak sempena lawatan rasmi pertamanya ke Sarawak selepas dilantik ke jawatan tersebut pada tahun lalu.

Hadir sama Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Alexson Naga Chabu.

Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina pada tahun ini akan bermula pada 29 Januari sehingga 12 Februari.

Sepanjang tempoh Januari hingga Disember tahun lalu, jumlah kemalangan di seluruh negara adalah sebanyak 21,041 kes berbanding 20,752 kes pada 2017. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru