Tuesday, June 28, 2022

Penduduk Demak gempar dengan kehadiran buaya pagi tadi

Secara Rawak

KUCHING: Penduduk di kawasan Demak digemparkan dengan kehadiran seekor buaya sepanjang tiga meter di dalam longkang di Lorong Demak Baru, Fasa 3 pagi tadi.

Difahamkan kelibat reptilia disedari penduduk setempat sebelum menghubungi pihak bomba kira-kira 9.50 pagi.

Bertindak panggilan kecemasan tersebut, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya diaturgerak ke lokasi.

Menurut Ketua BBP Petra Jaya, Tan Min Chai, pihaknya mengambil masa satu jam untuk menangkap buaya tersebut.

Beliau percaya buaya itu tersesat ketika air pasang dan terperangkap di dalam longkang selepas air surut.

“Kami telah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Perhutan dan Sarawak Forestry Corporation (SFC).

“Buat masa sekarang, buaya tersebut dibawa ke balai bomba sementara menunggu pihak SFC untuk tindakan lanjut, ” katanya. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru