Sarikei: Bahagian Sarikei mampu melahirkan lebih ramai atlet berbakat yang mampu mengharumkan nama negeri dan negara di peringkat antarabangsa seperti Grace Wong dan Jackie Wong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong YB Datuk Ding Kuong merasmikan Kejohanan Balapan Ke 54 SMK Meradong, semalam.

Seramai 957 orang pelajar mengambil bahagian dan menyaksikan sebanyak 20 rekod kejohanan peringkat sekolah telah dipecah dan 1 rekod kejohanan peringkat bahagian telah dipecah menerusi acara merenjam lembing.

Pada kejohanan itu, Datuk Ding menyumbang sebanyak RM10,000 untuk aktiviti kejohanan Balapan SMK Meradong tahun ini.

Hadir sama wakil Pejabat Pendidikan Daerah Zikri, Pengetua SMK Meradong Poh Chie Teck dan YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Meradong Johari.