Sunday, September 25, 2022

Pemimpin Iban ikrar sokong GPS

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Rakyat Sarawak (GPS) mendapat suntikan semangat apabila sekumpulan 12 pemimpin masyarakat Iban di sini berikrar memberi sokongan penuh terhadapnya.

Para pemimpin berkenaan menyatakan demikian ketika mengadakan kunjungan hormat terhadap Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Diketuai Temenggung Datuk Bernard Aggan, Pemanca John Tambi, serta tujuh penghulu dan tiga tuai rumah, Bernard berkata, kunjungan itu bertujuan memberi taklimat kepada Uggah mengenai isu membabitkan masyarakat Iban di bandar raya ini.

Jelasnya, peningkatan penduduk di bandar raya 700,000 jiwa ini menuntut supaya lebih banyak jawatan penghulu diwujudkan.

Beliau juga berharap lebih banyak peruntukan disalurkan untuk projek kecil pembangunan.

Dalam reaksi balas, Uggah berharap lebih ramai pemimpin masyarakat Iban dapat mengadakan interaksi sedemikian demi kepentingan dan kebaikan rakyat. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru