KUCHING: Penemuan telefon bimbit milik seorang penghuni institusi kebajikan kanak-kanak di sini membongkar kisah pemerkosaan oleh seorang pemandu kenderaan di pusat berkenaan, hingga membawa kepada penahanannya semalam.

Ketua Polis Padawan, Suprintenden Aidil Bolhasan mengesahkan penahanan suspek untuk membantu siasatan hari ini.

Malah pihak polis telah berjaya memperoleh perintah tahanan reman selama enam hari daripada Majistret Mahkamah Kuching pagi tadi bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Berdasarkan laporan polis, mangsa ditangkap memiliki telefon bimbit oleh kakitangan kanan institusi berkenaan, sebelum mengakui ia dihadiahkan oleh suspek.

“Setelah dipujuk, mangsa sekali lagi mengakui telah mengadakan hubungan seks dengan suspek sejak awal tahun 2018.

Ketika kejadian, mangsa berusia 15 tahun 11 bulan dan telah diperkosa untuk pertama kali pada 29 Mac 2018 di sebuah bilik kosong di belakang pentas dewan.

“Ketika itu, suspek dikatakan telah memasukkan kemaluannya secara paksa selepas menyelak kain dan membuka seluar dalam mangsa.

“Dalam kejadian kedua, mangsa telah diperkosa pada bulan April, juga tahun lepas di tepi sebuah dewan.

Laporan polis telah dibuat oleh kakitangan kanan institusi kebajikan itu, yang kemudian membawa kepada penahanan suspek, yang berusia 40-an itu.

Soal siasat awal mendapati suspek mengaku telah melakukan hubungan seks dengan mangsa.

Laporan perubatan kata Aidil, malah mengesahkan terdapat koyakan lama pada kemaluan mangsa. — Sarawakvoice