Thursday, June 30, 2022

Keluarga mangsa heret operator restoran dalam kes letupan City One Megamall ke mahkamah

Secara Rawak

KUCHING: Kes letupan gas di City One Megamall akan dibawa ke mahkamah tidak lama lagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, Khiruddin Drahman ketika mengesahkan perkara itu berkata, kes akan dikemukakan oleh keluarga mangsa, yang mahu menuntut ganti rugi daripada operator syarikat berhubung insiden tersebut.

“Bagi pihak kita, kertas siasatan sudah selesai dan terdapat beberapa pelanggaran di bawah Ordinan Utiliti, berkait pemasangan gas.

“Kita juga sedang meneliti prosedur kelulusan pemasangan dan penggunaan gas dalam kes terbabit,” jelasnya lagi.

Dalam insiden pada 4 Disember lalu, tiga lelaki maut serta-merta manakala 41 yang lain, termasuk pengunjung pusat beli-belah tersebut cedera, apabila ruang dapur yang menempatkan sistem paip untuk memasak restoran Nene Chicken meletup.

Ia cawangan terbaharu francais makanan tersebut, dan dijangka dibuka sehari selepas kejadian.

Khiruddin sebelum itu menyempurnakan perbarisan tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak di ibu prjabat jabatan tersebut di Tabuan Jaya. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru