SEMATAN: Jajaran Telok Melano Sematan dibuka Sabtu ini, 26 Januari.

Seperti disebarkan dalam perkongsian posting di media sosial Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Hajah Jamilah Haji Anu, majlis perasmian dihadiri oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Maklumat lain menyebut, majlis turut dihadiri Menteri Kerja Raya.

Di Facebook beliau, Jamilah melawat Teluk Melano bagi memantau persediaan sempena perasmian dan pembukaan Jajaran Teluk Melano kepada orang ramai.

Jajaran Sematan-Teluk Melano merupakan gagasan Allahyarham Pehin Seri Adenan Satem menelan kos tambahan dicadangkan beliau sekitar RM700 juta ketika itu.

Fasa awal, Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof ketika menjadi menteri kerja raya menyiapkan projek fasa 1 Lebuh Raya Pan Borneo dan merealisasikan Jajaran Sematan-Teluk Melano ini. — Sarawakvoice